
Perasaan hiba dan sedih ketika mendengar radio, menonton tv membaca email dan online world news..semuanya menunjukkan penderitaan saudara kita penduduk Gaza yang hampir dua minggu menerima bedilan peluru, bom dan segala bentuk penyeksaan oleh askar regim zionis Isreal laknatullah.

Persoalannya, dimana suara masyarakat Islam seleruh dunia? Mengapa sehingga sekarang negara haram Israel tidak takut dan kuat menindas penduduk Islam Gaza? Tidak lain adalah kerana Amerika Syarikat iaitu sekutu kuat Israel terus menyokong tindakan melampau dan tidak berperikemanusiaan Israel laknatullah. Dibantu dengan kekuatan ekonomi Amerika-Israel, ia cukup untuk membina dan membiayai kos ketenteraan Israel. Produk-produk mereka sangat popular di serata dunia dan tidak terkecuali di Malaysia. McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC - Haagen – Dazs - Ben & Jerry’s - CAMPBELL - Kellogg’s - Canderel - Levis - Raid -Heinz merupakan sebahagian produk yang kita gunakan (Barcode 729). Bermula sekarang, dengan sesungguh hati marilah kita terutamanya orang Islam MEMBOIKOT produk-produk ini dengan apa cara sekalipun. BOIKOT PRODUK AMERIKA-ISRAEL!!!




